Dulu masa takde kereta, pergi kerja naik bas.macam2 orang yang kita akan jumpa. Biasanya orang yang sama di stesen bas yang sma. Lama2 kita bertegur sape, menjadi kawan.
Salah seorang apek ni, dia mesti selalu dalam pukul 5 tepat dah ada kat stesen bas. Berseluar paras lutut dan bertshirt biasa. Apek ni bekerja di sebuah kedai makan di PJ. Seorang yang peramah,rajin berborak macam2 cerita dari hal ehwal dirinya hinggalah apa sahaja yang keluar di TV ataupun suratkhabar. Kadang2 kita boleh tergelak dengar ceritanya. Bukan apa, ceritanya yang bersahaja dan ikhlas. Yang paling PENTING, dia tak gatal. Apek ni setiap hari dia akan bawa beg plastik yang lauk lebih dari kedai yang dia bekerja. Dia kata dia duduk seorang je, senang pagi pergi kerja, balik malam tengok TV dan tidur, hari2 cuti dia malas nak keluar,selalunya dia rehat kat rumah.
Diapun tak berapa suka dengan mendatang asing ataupun tak asing. Isunya katanya dulu tempatnya taklah bising dan Kotor macam sekarang ni. Ye,memang betul, kerana cara kehidupan mereka berbeza,. Tahu tak kita ada penduduk asing ni rumah asal mereka tak ada lantai rumah, lantainya adalah pasir je. Tidur takde tilam yang empuk. Penduduk Malaysia dah biasa dengan keperluan yang lengkap dan kehidupan dengan penduduk asing telah membuatkan keadaan sesebuah tempat itu jadi dah tak terurus.
Apek ini orangnya kemas, sekiranya bergosok cantik, dilihat dari kuku jari tangannya, terjaga rapi. Dia kena bekerja jika tak,siapa nak bagi makan katanya. Tak apa tak ada anak katanya,janji hati senang.
Janganlàh pelik, saya ni boleh bergaul dengan siapa je yang baik budi Bahasa. Lama jugak kenal dengan apek ni, hampir 3 tahun... Entah apa khabarnya sekarang, sihat ke tidak apek tu? Yelah bila kita dah berkawandgn orang yang punya budibahasa,kita akan ingat selamanya.
No comments:
Post a Comment