Wednesday, February 8, 2017

Kisah 5 : Daun Emas


Setiap hari selepas baca buku ataupun buat kerja sekolah, dah jadi rutin harian untuk menyapu daun2 di rumah abah. Di hadapan rumah ada pokok rambutan, di tepi rumah ada pokok mangga. Rumah abah luas, di tepi rumah seluas Padang badminton.  Menyapu adalah satu cara yang baik untuk melepaskan penat membaca.Yelah tahun tu tahun SPM, tahun penentuan.

Setiap hari ada je daun yang luruh dari pokok2 yang abah tanam. Selalunya semasa menyapu, makcik peah atau Pakcik mat yang akan menegur..sapu daun emas ke?..

Kita jawab je...ye cik peah, nak kutip,boleh jual lepas ni...
Lepas tu kami gelak sama2. Makcik peah ni rajin tukar2 lauk..kita belajar buat karipap pusingpun dari cikpeah. Sedap...cikpeah masak... Itulah zaman berjiran dulu...mesra bertegur sapa.

No comments:

Post a Comment