Zaman dulu2,beratus2 tahun dahulu..manalah ada entertainment macam Astro ke tv3 ke..yang ada cuma rtm. Ada sekali tu malam sebelum Thaipusam,atok bawa tengok perarakan Thaipusam ni.. Masa tu tak tahupun yang menyambut Thaipusam ini agama apa? Masa tu kecil lagi, masih lagi berdukung. Kami duduk tepi jalan untuk menyaksikan perarakan. Pada masa tu rasa dah besar dah perarakan ni. Bila tengok patung2 yang berlampu lip lap lip lap ni takut betul. Yelah masa tu tak tahu apa. Belum banyak pengenalan macam sekarang ni. Waktu ni kita Google je,semua info dapat. Tertanya2 kenapa ada patung besar ni..dan bermacam2 manusia yang dicucuk hidung,mulut dan berbagai.kerana terlalu kusyuk menyaksikan..kita hanya tengok dan teruja. Ada patung warna gold ..yang besar...diletakkan di atas sebuah Lori 3tan, diselangselikan dengan lampu warna merah, biru,hijau,kuning dan juga ada bau-bauan yang diletakkan di tepi patung tersebut.
Diikuti pulak dengan mereka yang dicucuk hidug, dicucuk mulut ..mereka seperti khayal..dan membaca ayat2 yang tak faham langsung.
Ada jugak patung kecil berwarna hitam. Semua patung2 dikalungkan bunga2... Ramainya yang datang melihat..ada India, cina dan melayu.
Habis je perarakan terus je balik rumah. Atok suruh basuh muka, basuh kaki. Nanti malam kang termimpi pulak.... Masalahnya nak basuh kakipun takut..rasa jauh sangat bilik air tu...seramnya......jangan risau malam tu tak mimpi apa2,cuma sebelum tidur tu rasa Seram sejuk je...
Dah besar barulah faham apa itu perayaan Thaipusam. Sejarah dalam hidup ..sekali seumur hidup masa kecil.
No comments:
Post a Comment