Wednesday, February 8, 2017

Kisah 3 : Zaman Sekolah

Sebelum itu,biarlah kita perkenalkan sekolah kita ye. Methodist girls school diberi nama.Terletak di tepi jalan Tengkera. Di mana tu? Di Melaka Tengah. Masa tu terdapat pintu gate yang besar untuk masuk ke sekolah rendah, sebelah kanan adalah Methodist (2) dan sebelah Kiri adalah Methodist (1). Apa yang menghubungkan sekolah ini lebih rapat ialan kantinnya..Dua sekolah yang menggunakan satu kantin,kantinnya berada di Methodist(1).  Dari sekolah rendah kita boleh berjalan kaki je ke sekolah menengah, tak jauhpun. Sambil berjalan,sebelah Kiri terdapat Padang untuk main netbal,sementara sebelah kanan,boleh main badminton ataupun berlatih hoki. Tak jauh dari situ ,di sebelah Kiri terdapat banglo lama. Di sinilah kita boleh beli bermacam2 jenis alat2 tulis yang bermacam bentuk, eraser atau pemadam yang bercorak dan berbau lemon,Strawberry, dan macam2 buah2an, cumanya tak boleh makan je. Ada jugak jual buku2 untuk autograf, ye....masa dulu2 suka sangat beli semua tu. Nak apa je ada kerana masa dulu belum ada banyak shopping2 complex. Pen yang berwarna, pensil berbentuk2, buku2 cerita, buku2 lukisan. Namakan apa sahaja, ini bagaikn syurga masa sekolah dulu.

SEPANJANG jalan dari sekolah rendah ke sekolah menengah ada beberapa pokok yang berbunga kuning...setiap kali musim berbunga..jalan itu akan dipenuhi bunga2 kuning yang gugur di atas jalan. Indahnya tak terkata. Sebelah banglo adalah sekolah menengah, Methodist girls secondary school, berdiri megah di Kiri dan kanan... Sekolah dua tingkat,sebelah Kiri bahagian atas adalah kelas2,sementara di bahagian bawah adalah bilik makmal. Seingat saya, ada dua bilik makmal kimia dan biologi, cuma bilik fizik berada di bangunan belakang. Sebelah kanan pula terdapat kelas2 di bangunan dua tingkat, atas dan bawah dan di belakang terdapat sebuah kantin. Di bangunan sebelah kanan juga terdapat satu sudut bacaan yang terpisah dari bangunan, ianya cuma terdapat meja panjang dan kerusi panjang,dilindungi dengan atap. Kawasan ini adalah larangan untuk membuat bising. Sesiapa sahaja yang ADA di kelas berdekatan atau lalu disitu tidak boleh bising.

Di sebelah belakang bangunan sebelah Kiri juga terdapat kelas untuk masakan. Terdapat meja2 dan alat2dapur yang lengkap di bilik tersebut.

Oh ye bilik guru berada di tingkat dua. Juga tak lupa bilik pengetua yang garang tu...

Dimanakah Padang sekolah? Padang sekolah berada betul2 di belakang bangunan sekolah. Terdapat satu pokok yang dah berusia ratusan tahun, itulah tempat kami berkumpul menunggu waktu kelas petang kerana dulu ada dua session kelas,pagi dan petang. Kami akan duduk berteduh di bawah pokok. Pokok ni macam pokok yang terdapat di Taiping. Jika NASIB baik,takpelah jatuh ular2 berwarna hijau dari pokok tu. Disitulah juga, Padang sekolah.

Selesai sudah kita merayau dari sekolah rendah ke sekolah menengah.. besarkan sekolah kita... Methodist girls school,Melaka.

No comments:

Post a Comment