Saturday, February 11, 2017

KISAH 10: DARJAH LIMA

Darjah Lima adalah penentuan antara hidup atau..jeng jeng jeng... Tahun yang menakutkan. Tapi kita tak stresspun tahun ni ..macam biasalah kita pergi sekolah, belajar, balik sekolah buat kerja sekolah, pergi merayau rumah kawan. Esoknya pergi sekolah balik. Sekolah zaman itu masih lagi mengenakan pakaian pinafo...alah baju kemeja putih dgn baju biru gelap tu..dengan stokin putih panjang. Pagi-pagi bertemankan baju sweater. Masa dulu pagi2 sejuk tau, tak macam sekarang ni dah kurang sejuknya. Pergi sekolah abah hantar naik motor Suzuki cup. Kadang-kadang balik jalan kaki dengan kawan-kawan. Bukannya jauhpun dari tengkera nak ke limbongan..dekat je.

Darjah lima B. B untuk baik.

Kelas berada di tingkat satu, kelas paling hujung. Semasa sekolah rendah taklah berapa pandai. Setiap kali peperiksaan bulanan harus dapat markah yang Cikgu suka gunakan pen merah. Warna kegemaran Cikgu. Kenapalah cikgu suka sangat pen wàrna merah tu. Setiap kali nak bagi abah kad repot tu menggigil macam nak tercabut segala urat kat badan. Takut betul sampai terkeluar peluh sejuk.

Tempat kegemaran kat sekolah adalah perpustakaan, ooiiii suka sangat pinjam buku cerita kat situ. Buku cerita Enid blyton. Cerita bersiri penyiasatan. Buku cerita Bahasa inggeris. Satu buku tu setebal seinci yang bergambàr hitam putih tu dalam dua hari boleh habis baca. Habis je pinjam lagi.

Membaca ni bila-bila masa..haaah bila-bila masa tau. Sampaikan semasa Cikgu mengajar pun kita nak jugak baca. Menyorok2 buku tu kat bawah meja masa Cikgu mengajar. Selagi cerita tu tak habis, selagi tu nak baca.
Pada satu hari yang cahaya matahari begitu tegak atas kepala, sambil tengah baca buku cerita, kita tak perasan Cikgu dah nampak dan berada betul-betul di meja kita. Apalagi,Cikgu dengan pantasnya mengambil buku cerita tu dan buangkan ke TINGKAP. Terkejut kita..Cikgu Matematik tu pun menjerit, marah2 dan suruh kita ambil balik buku tu kat bawah....dahsyat betul buku tu terbang ke bawah. Macam kapalterbang mainan.

Selepas hari tu kita dah tak baca buku semasa Cikgu mengajar, tapi itu tak bermakna kita dah berhenti baca buku2 cerita Bahasa inggeris tu..takkk..

Zaman dulu bila ada kejadian macam tu mana ada berani nak cerita pada abah atau mak. Nak mati!!!! Lagi teruk kena marah kalau kita bagi tau, biàrlah kita simpan cerita tu sampai akhir hayat kita.

Matematik dahlah selalu gagal. Cikgu tu memang rasa peperiksaan penilaian darjah Lima , dalam genggaman Cikgu kita akan gagal.

Semasa dapat keputusan peperiksaan penialaian darjah Lima, macam sekarang lah upsr. Cikgu tanya, berapa awak dapat. Kitapun jawab, dapat 2A3B Cikgu. Cikgupun ambil kertas keputusan tu dan terperanjat, macam mana awak boleh dapat A dalam Matematik. Sebenarnya kitapun hairan. Rezeki Cikgu.

No comments:

Post a Comment