Alhamdulillah pagi ni dikejutkan si hitam rostam, satu2nya kucing jalanan yang tinggal. Rostam tak dihantar ke kebun kawan saya kerana dia terlalu rapat dengan anak kucing yang kehilangan ibu semasa usianya 2 minggu. Rostam temankan saya mengaji,duduk di riba sehingga tertidur sambil menunggu azan Subuh.
Semalam saya biarkan Rostam keluar sekejap, tempatnya untuk buang air di tempat bakar sampah. Rostam tak ke situ,dia beredar2 sekeliling sangkar 2ekor kucing saya. Rostam mencium2 di sekitar kawasan. Kemudian dia duduk di tepi pintu rumah. Rostam seolah2 mencari sesuatu. Kesian Rostam,kawan2 sepermainannya dah tak de di situ. Rostam duduk setia di situ. Kemudian Rostam mengeow kecil. Saya bukakan pintu,dan Rostam masuk kerumah. Rostam mengeow lagi. Alangkah indahnya kalau saya faham apa yang Rostam katakan. Saya peluk Rostam. Saya katakan pada Rostam, ibu minta maaf sayang,ibu hantar kabu, Ros,mokde dan anak dia jauh sayang.supaya takde orang ganggu sayang. Tempat tu besar,ada ayam,ada arnab,ada kucing..tempat tu cantik. Rostam temankan ibu ye.
Saya tak tahu sama ada rostam faham atau tidak, tapi dia diam. Dia pegang muka saya dengan tangan dia.
Ibu minta maaf sayang.
No comments:
Post a Comment