Thursday, February 9, 2017

KISAH 7 : SERAM 1


Kisah ini berlaku semasa umur akak dalam 4 Atau 5 tahun.

Waktu tu Dah malam... Agak2 dalam pukul 3 ataupun 4 pagi.  Arwah datuk bawa kami,pakcik,makcik,maktok,penuh sekereta ke rumah Pakcik yang Baru dapat Anak sulung.... perjalanan Dari melaka ke Kuala Lumpur masa tu takde highway lagi... jadi masing2 agak letih... Masing2 tidur bergelimpangan Di rumah Tamu rumah Pakcik.

Di Suatu kem tentera,  tingkat berapa akak tak ingat... Malam tu sunyiiiiiii..... Kerana ruang yang sempit,makA tingkap terpaksa dibuka Luas malam tu... Kononnya Biar udara segar Di malam hari.

Tiba2, pada waktu tengah malam tu akak terjaga Kerana Terasa seolah2 sepasang tangan sedang mencekik Leher... Akak Bangun meronta2, sempat mencapai satu bantal Dan MEMUKUL ke Arah lembaga tersebut.  Lembaga tu tak terbang... tetapi tergantung... dengan hanya ada kepala... Dan beberapa Helai rambut...dalam keadaan samar2... Akak tak nampakpun ada tubuh badan pada lembaga tersebut. 
Masa tu akak cuma tahu Baca Alfatihah Dan Ayat 3 Qul sahaja... Akakpun tak tahu Bacaan akak tu Betul ke tidak.
Lembaga tu merenung .. Dan terus menyerang Pakcik yang lagi satu. Lembaga itu cuba mencekik Pakcik . Akak cuba menepis dengan bantal yang ada di tangan. Cara budak kecil menepis manalah kuatkan... kemudian lembaga tersebut berpindah pulak ke makcik...
Entah Dah berapa Kali akak Baca Alfatihah... Akak baling bantal tu ke Arah lembaga tu Dan terkena tepat pada makcik akak.
Lembaga tu pusing Dan memandang dengan mata merahnya yang besar.  Masa itulah baru akak nampak, rupanya lembaga itu cuma Ada kepala Dan berjurai2 isi Perutnya.. Dia terus hilang Dari pandangan Kerana masa itulah makcik Dan Pakcik tersedar Dan mereka bertanya apa yang berlaku,  Yelah sebab Dah terkena bantal tukan.... .
Rupanya lembaga itu adalah penanggal....
Itulah Kali Pertama akak Tahu Ada lembaga bernama penanggal.....

No comments:

Post a Comment