Saturday, February 11, 2017

KISAH 10: DARJAH LIMA

Darjah Lima adalah penentuan antara hidup atau..jeng jeng jeng... Tahun yang menakutkan. Tapi kita tak stresspun tahun ni ..macam biasalah kita pergi sekolah, belajar, balik sekolah buat kerja sekolah, pergi merayau rumah kawan. Esoknya pergi sekolah balik. Sekolah zaman itu masih lagi mengenakan pakaian pinafo...alah baju kemeja putih dgn baju biru gelap tu..dengan stokin putih panjang. Pagi-pagi bertemankan baju sweater. Masa dulu pagi2 sejuk tau, tak macam sekarang ni dah kurang sejuknya. Pergi sekolah abah hantar naik motor Suzuki cup. Kadang-kadang balik jalan kaki dengan kawan-kawan. Bukannya jauhpun dari tengkera nak ke limbongan..dekat je.

Darjah lima B. B untuk baik.

Kelas berada di tingkat satu, kelas paling hujung. Semasa sekolah rendah taklah berapa pandai. Setiap kali peperiksaan bulanan harus dapat markah yang Cikgu suka gunakan pen merah. Warna kegemaran Cikgu. Kenapalah cikgu suka sangat pen wàrna merah tu. Setiap kali nak bagi abah kad repot tu menggigil macam nak tercabut segala urat kat badan. Takut betul sampai terkeluar peluh sejuk.

Tempat kegemaran kat sekolah adalah perpustakaan, ooiiii suka sangat pinjam buku cerita kat situ. Buku cerita Enid blyton. Cerita bersiri penyiasatan. Buku cerita Bahasa inggeris. Satu buku tu setebal seinci yang bergambàr hitam putih tu dalam dua hari boleh habis baca. Habis je pinjam lagi.

Membaca ni bila-bila masa..haaah bila-bila masa tau. Sampaikan semasa Cikgu mengajar pun kita nak jugak baca. Menyorok2 buku tu kat bawah meja masa Cikgu mengajar. Selagi cerita tu tak habis, selagi tu nak baca.
Pada satu hari yang cahaya matahari begitu tegak atas kepala, sambil tengah baca buku cerita, kita tak perasan Cikgu dah nampak dan berada betul-betul di meja kita. Apalagi,Cikgu dengan pantasnya mengambil buku cerita tu dan buangkan ke TINGKAP. Terkejut kita..Cikgu Matematik tu pun menjerit, marah2 dan suruh kita ambil balik buku tu kat bawah....dahsyat betul buku tu terbang ke bawah. Macam kapalterbang mainan.

Selepas hari tu kita dah tak baca buku semasa Cikgu mengajar, tapi itu tak bermakna kita dah berhenti baca buku2 cerita Bahasa inggeris tu..takkk..

Zaman dulu bila ada kejadian macam tu mana ada berani nak cerita pada abah atau mak. Nak mati!!!! Lagi teruk kena marah kalau kita bagi tau, biàrlah kita simpan cerita tu sampai akhir hayat kita.

Matematik dahlah selalu gagal. Cikgu tu memang rasa peperiksaan penilaian darjah Lima , dalam genggaman Cikgu kita akan gagal.

Semasa dapat keputusan peperiksaan penialaian darjah Lima, macam sekarang lah upsr. Cikgu tanya, berapa awak dapat. Kitapun jawab, dapat 2A3B Cikgu. Cikgupun ambil kertas keputusan tu dan terperanjat, macam mana awak boleh dapat A dalam Matematik. Sebenarnya kitapun hairan. Rezeki Cikgu.

Thursday, February 9, 2017

Doa dilindungi dari rakan atau jiran yang jahat

Terima kasih kepada rakan fb yang sudi bagi doa ni.

KISAH 9 : PLEASE DO NOT LITTER

Petang tu lepas shopping di Kota Raya Shopping Kompleks, kitapun tunggu bas seberang jalan je dari Kota raya. Ingat lagi dulu jeritan2 abang2,kakak2 bas mini... Kota raya, Kota raya..PJ ..PJ..sentul..sentul...

Rindunya pulak dengan keadaan lama..terasa untungnya zaman dulu..

Petang2 macam tu memang ramailah yang tunggu bas nak balik ke rumah masing2. Bermacam ragam dan kerenah, ada yang muka penat, ada yang muka marah, yang muka sedih, yang bermuka2..hehe...

Suka sangat perati macam2 perangai manusia, sambil tu sempat berborak dengan satu auntie cina ni, dah berumur... Taklah tiba2 je nak berborqk dengan dia, tapi disebabkn ternampak handbag dia terbuka, jadi cakaplah kat auntie tu.. Auntie, handbag auntie terbuka, sini banyak pick pocket auntie..
Auntie tupun zipkan beg dia..sambil berkata..manyak telima kasih hoh... LU melayu ka cina..
Kitapunnnn jawab, melayu auntie..
Auntie tu pulak kata, lu punya lupa macam cina loh..yah kita tuhan lain tapi tuhan kita pun doa peligi itu tuhan islam jugak..
Kitapun angguk je..sambil mata tu ternampak ada satu couple mat saleh ni..tak tahulah dari negari omputeh mana.. Sedap je dia lepas minum, dia buang je bekas air kotak tu ... Tak jauh dari situ ada tong sampah, bukannya penuhpun tong sampah tu..

Tanpa berlengah kita terus je berjalan ke arah mat saleh tu, excuse me, can you please pick this up and throw it in that dustbin. Kindly don't simply throw here and there..bersuara kita dengan tegasnya.

Mat saleh tu kata ,sorry. Dan terus angkat bekas air kotak tu,terus buang di tong sampah.

Menyirap darah kejap..ada ke suka2 hati nak buang kat situ je..nak buat Kotor, buat kat negara sendiri lah..

Kita jalan balik ke auntie tu..kemudian auntie tu cakap, lu manyak berani ahh..

Tanah air sendirikan ....

KISAH 8 : STESEN BAS PJ

Dulu masa takde kereta, pergi kerja naik bas.macam2 orang yang kita akan jumpa. Biasanya orang yang sama di stesen bas yang sma. Lama2 kita bertegur sape, menjadi kawan.

Salah seorang apek ni, dia mesti selalu dalam pukul 5 tepat dah ada kat stesen bas. Berseluar paras lutut dan bertshirt biasa. Apek ni bekerja di sebuah kedai makan di PJ. Seorang yang peramah,rajin berborak macam2 cerita dari hal ehwal dirinya hinggalah apa sahaja yang keluar di TV ataupun suratkhabar. Kadang2 kita boleh tergelak dengar ceritanya. Bukan apa, ceritanya yang bersahaja dan ikhlas. Yang paling PENTING, dia tak gatal. Apek ni setiap hari dia akan bawa beg plastik yang lauk lebih dari kedai yang dia bekerja. Dia kata dia duduk seorang je, senang pagi pergi kerja, balik malam tengok TV dan tidur, hari2 cuti dia malas nak keluar,selalunya dia rehat kat rumah.

Diapun tak berapa suka dengan mendatang asing ataupun tak asing. Isunya katanya dulu tempatnya taklah bising dan Kotor macam sekarang ni. Ye,memang betul, kerana cara kehidupan mereka berbeza,. Tahu tak kita ada penduduk asing ni rumah asal mereka tak ada lantai rumah, lantainya adalah pasir je. Tidur takde tilam yang empuk. Penduduk Malaysia dah biasa dengan keperluan yang lengkap dan kehidupan dengan penduduk asing telah membuatkan keadaan sesebuah tempat itu jadi dah tak terurus.

Apek ini orangnya kemas, sekiranya bergosok cantik, dilihat dari kuku jari tangannya, terjaga rapi. Dia kena bekerja jika tak,siapa nak bagi makan katanya. Tak apa tak ada anak katanya,janji hati senang.

Janganlàh pelik, saya ni boleh bergaul dengan siapa je yang baik budi Bahasa. Lama jugak kenal dengan apek ni, hampir 3 tahun... Entah apa khabarnya sekarang, sihat ke tidak apek tu? Yelah bila kita dah berkawandgn  orang yang punya budibahasa,kita akan ingat selamanya.

KISAH 7 : SERAM 1


Kisah ini berlaku semasa umur akak dalam 4 Atau 5 tahun.

Waktu tu Dah malam... Agak2 dalam pukul 3 ataupun 4 pagi.  Arwah datuk bawa kami,pakcik,makcik,maktok,penuh sekereta ke rumah Pakcik yang Baru dapat Anak sulung.... perjalanan Dari melaka ke Kuala Lumpur masa tu takde highway lagi... jadi masing2 agak letih... Masing2 tidur bergelimpangan Di rumah Tamu rumah Pakcik.

Di Suatu kem tentera,  tingkat berapa akak tak ingat... Malam tu sunyiiiiiii..... Kerana ruang yang sempit,makA tingkap terpaksa dibuka Luas malam tu... Kononnya Biar udara segar Di malam hari.

Tiba2, pada waktu tengah malam tu akak terjaga Kerana Terasa seolah2 sepasang tangan sedang mencekik Leher... Akak Bangun meronta2, sempat mencapai satu bantal Dan MEMUKUL ke Arah lembaga tersebut.  Lembaga tu tak terbang... tetapi tergantung... dengan hanya ada kepala... Dan beberapa Helai rambut...dalam keadaan samar2... Akak tak nampakpun ada tubuh badan pada lembaga tersebut. 
Masa tu akak cuma tahu Baca Alfatihah Dan Ayat 3 Qul sahaja... Akakpun tak tahu Bacaan akak tu Betul ke tidak.
Lembaga tu merenung .. Dan terus menyerang Pakcik yang lagi satu. Lembaga itu cuba mencekik Pakcik . Akak cuba menepis dengan bantal yang ada di tangan. Cara budak kecil menepis manalah kuatkan... kemudian lembaga tersebut berpindah pulak ke makcik...
Entah Dah berapa Kali akak Baca Alfatihah... Akak baling bantal tu ke Arah lembaga tu Dan terkena tepat pada makcik akak.
Lembaga tu pusing Dan memandang dengan mata merahnya yang besar.  Masa itulah baru akak nampak, rupanya lembaga itu cuma Ada kepala Dan berjurai2 isi Perutnya.. Dia terus hilang Dari pandangan Kerana masa itulah makcik Dan Pakcik tersedar Dan mereka bertanya apa yang berlaku,  Yelah sebab Dah terkena bantal tukan.... .
Rupanya lembaga itu adalah penanggal....
Itulah Kali Pertama akak Tahu Ada lembaga bernama penanggal.....

KISAH 6: MISTERI KUCING HILANG TERBONGKAR

MISTERI KUCING HILANG TERBONGKAR

Kucing2 di kawasan rumah teres akak selalu hilang.  Pernahlah jugak akak Tanya orang depan rumah akak. Katanya sinikan banyak anjibg. Kena makan anjing tu.

Akak dah hilang 3 ekor kucing,  satu Persian,  satu blue Russian,  satu kucing kampung tengah bunting(asalnya kucing org buang, akak bagi mkn je).

Akak juga perasan Ada seekor kucing yg selalu datang mkn, akak suka bagi mkn awal pagi pkl 5. Kucing tu dah lama tak nampak.  Kucing2 lainpun akak perasan dah xde.

Selalunya akak bagi jugak seek or anjing ni mkn, anjing ni tak pernah gaduh2 dgn kucing2 kat sini. Dialah Yang jaga kawasan keselamatan,  kira guard tak berbayar.

Akak akhirnya kurung kucing2 akak,  4 ekor je tinggal. Tak termasuk Yang mati diracun.

Nak dijadikan cerita,  masa anak nak ke pasar mlm,  org depan ni tahan,  dan tanya 'kucing adik yg kurung tu ye?' Anak akak jawab ye. Dengan dua ekor kucing hitam yg tak kurung tu.yg dua ekor ni kat dlm kawasan rumah je dia lepak.kdg2 dia jln2 jugak ke tmpt lain mcm manusia.

Org depan cakap lagi, kucing kelabu dgn kucing oren tu bukan kucing adik kan.jawab anak,bukan.orang depan ckp lagi,abang nak tangkap kucing2 lain tu sebab berak kat rumah. Itu ckp dia, entah betul tidak ..tak tau....

Kawasan ni memang byk tikus...lepas ni bermaharajalelalah ye....

Sekarang akak dah tahu misteri kucing hilang...tak jauhpun, rupanya org depan je.

Wednesday, February 8, 2017

Kisah 5 : Daun Emas


Setiap hari selepas baca buku ataupun buat kerja sekolah, dah jadi rutin harian untuk menyapu daun2 di rumah abah. Di hadapan rumah ada pokok rambutan, di tepi rumah ada pokok mangga. Rumah abah luas, di tepi rumah seluas Padang badminton.  Menyapu adalah satu cara yang baik untuk melepaskan penat membaca.Yelah tahun tu tahun SPM, tahun penentuan.

Setiap hari ada je daun yang luruh dari pokok2 yang abah tanam. Selalunya semasa menyapu, makcik peah atau Pakcik mat yang akan menegur..sapu daun emas ke?..

Kita jawab je...ye cik peah, nak kutip,boleh jual lepas ni...
Lepas tu kami gelak sama2. Makcik peah ni rajin tukar2 lauk..kita belajar buat karipap pusingpun dari cikpeah. Sedap...cikpeah masak... Itulah zaman berjiran dulu...mesra bertegur sapa.